Program Sekolah Menengah

PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 15 February 2011 01:10

Objektif:

  • Untuk memberikan kesedaran kecekapan tenaga di kalangan pelajar melalui aktiviti dan permainan interaktif
  • Untuk memastikan pelajar memahami konsep kecekapan tenaga
  • Untuk memastikan pelajar mempraktikkan kecekapan tenaga dan juga menyebarkan informasi mengenai kecekapan tenaga kepada rakan sekolah, ahli keluarga dan juga rakan sebaya

Penerangan program:
Terdapat 12 program sekolah menengah yang akan dilaksanakan di antara tahun 2009 - 2010 di Semenanjung Malaysia di lokasi-lokasi yang terpilih. Setiap peserta akan diberikan kit program yang akan membantu mereka untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini merupakan program sehari. Aliran program akan mengajar peserta untuk audit penggunaan tenaga serta merancang penggunaan tenaga secara interaktif.

Jangkaan Output:
Peserta-peserta dapat memecahkan kos penggunaan tenaga serta mendapat gambaran jelas mengenai kecekapan tenaga. Penilaian berterusan program ini dapat dijalankan melalui laman web SWITCH!.

Last Updated ( Thursday, 17 February 2011 00:44 )
 
Copyright © SWITCH - FOMCA.