Written by Administrator
|
Tuesday, 15 February 2011 01:12 |
Objektif:
- Untuk memberikan kesedaran kecekapan tenaga di kalangan pengguna industri melalui seminar dan perbincangan
- Untuk memastikan peserta memahami konsep dan kepentingan kecekapan tenaga dan isu-isu polisi yang lain
- Untuk memastikan pengguna industri membincangkan masalah yang dihadapai oleh organisasi mereka dalam penggunaan tenaga semasa sesi perbincangan
- Untuk memastikan peserta mempraktikkan kecekapan tenaga dan juga menyebarkan informasi mengenai kecekapan tenaga kepada rakan kerja, ahli keluarga dan juga rakan
Penerangan program: Sebanyak 6 program industri akan dijalankan di antara tahun 2009 - 2010 di Semenanjung Malaysia . Setiap pengguna industri terutamanya dari bidang pembuatan dan perhotelan adalah kumpulan sasaran utama. Agensi kerajaan juga merupakan kumpulan sasaran kerana mereka merupakan agensi pelesenan dan juga penguatkuasaan. Ini merupakan bengkel separuh hari.
Jangkaan Output: Industri-industri merupakan pengguna tenaga yang tinggi serta memerlukan pemahaman yang jelas dan lebih baik. Perubahan mereka dalam pengurusan tenaga adalah penting. Mereka juga menjadi hos kepada pengguna yang menjadi pekerja mereka dan juga peranan majikan dalam memberikan pengetahuan mengenai kecekapan tenaga. Penilaian berterusan program ini dapat dijalankan melalui laman web SWITCH!.
|
Last Updated ( Thursday, 17 February 2011 00:44 )
|