SUMBER TENAGA |
Apakah itu Tenaga? Definisi tenaga diberikan oleh Kamus Oxford Fajar (Edisi Ketiga) sebagai keupayaan untuk membuat kerja. Sumber Tenaga adalah bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Sumber Tenaga secara amnya boleh dibahagikan kepada empat kategori; • Sumber Tenaga Utama • Sumber Tenaga Sekunder • Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui • Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh Diperbaharui. 1. Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui terdiri daripada berikut:
2. Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui terdiri daripada berikut:
3. Sumber Tenaga Sekunder Sumber Tenaga Sekunder adalah sumber tenaga yang telah berubah bentuk daripada sumber tenaga utama melalui proses penukaran tenaga. Sumber tenaga sekunder juga merujuk kepada pembawa tenaga kerana tenaga adalah dalam bentuk yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Penukaran sumber tenaga daripada sumber tenaga utama kepada sumber tenaga sekunder adalah penting untuk pengunaan yang lebih mudah dan memberi manfaat kepada aktiviti-aktiviti pengguna. Contoh tenaga sekunder adalah tenaga elektrik dan bahan bakar hidrogen. Penggunaan bahan bakar hidrogen sebagai sumber tenaga sekunder masih terhad dan penggunaannya dijangka bertambah pada masa hadapan. Sebagai contoh Hidrogen digunakan sebagai bahan bakar dalam roket. Kapal angkasa mengunakan bateri yang berasaskan sel bahan api hidrogen untuk menjalankan sistem komputer. Tenaga sekunder yang lain adalah tenaga elektrik dan kegunaannya adalah pelbagai, misalnya untuk menjanakan perkakasan dan peralatan elektrik seperti penyaman udara, peti sejuk, ruang serta pemanasan air, lampu dan lain-lain lagi. Thanesh Kumar Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA)
|