DANA RE DITUBUHKAN UNTUK SOKONG PELAKSAAN FIT PDF Print E-mail

Bagi merancakkan perkembangan projek penguatkuasaan sistem Feed-in-Tariff (FIT) untuk tenaga yang boleh diperbaharui (RE), Kerajaan Malaysia bercadang untuk mewujudkan dana RE yang akan digunakan untuk menyediakan insentif kepada kapasiti kuasa yang diperoleh daripada sektor baru yang sedang membangun dalam RE.

Read more...
 
MEMAHAMI KEPENTINGAN KECEKAPAN TENAGA PDF Print E-mail

1. Memahami Kecekapan Tenaga

Kecekapan tenaga adalah satu tindakan yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama. Contohnya, di rumah dan bangunan-bangunan komersial. Ia bermakna, dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk memanaskan, menyejuk dan penggunaan tenaga lampu dalam bangunan. Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit.

Read more...
 
Butir-Butir Kempen PDF Print E-mail

Anjuran bersama

  • Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA)
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hiijau dan Air

Agensi Pelaksana

  • Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)

Dengan Sokongan

  • Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Pusat Tenaga Malaysia (PTM)

Objektif Utama

  • Mempertingkatkan kesedaran akan konsep kecekapan tenaga di kalangan rakyat Malaysia,
  • Mempromosikan amalan kecekapan tenaga kepada pengguna domestik, komersil dan industri,
  • Menggalakkan penggunaan peralatan cekap tenaga di kalangan pengguna domestik, komersil dan industri.

Intipati Kempen
Kempen ini akan menyalurkan mesej yang ringkas dan tepat kepada pengguna-pengguna mengenai isu penjimatan tenaga serta kecekapan tenaga melalui :

  • Tip-tip penjimatan yang praktikal
  • Fakta sistem pembilan
  • Carta pengguna elektrik
  • Penauditan tenaga di rumah dan tempat kerja
  • Aktiviti-aktiviti yang interaktif
  • Kesedaran terhadap barangan yang cekap tenaga

Program-Program

  • Program Sekolah Rendah
  • Program Sekolah Menengah
  • Program Industri, dan
  • Program Umum

Kumpulan sasaran

  • Pengguna Domestik
  • Agensi kerajaan
  • Pengguna Komersil
  • Pengguna Industri
 
KEMPEN KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA KEBANGSAAN (SWITCH!) PDF Print E-mail

Tenaga merupakan salah satu asas bagi pembangunan sesebuah negara. Isu utama adalah kebolehan sesebuah kerajaan untuk menampung keperluan rakyat dan kos tenaga yang semakin meningkat pada masa yang sama. Pengguna-pengguna domestik, komersil dan industri perlu sedar akan kepentingan kecekapan dalam penggunaan tenaga untuk memainkan peranan dan tanggungjawab bersama-sama dengan kerajaan.

Menyedari kepentingan ini, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) atau dahulunya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar FOMCA telah merangka Pelan Kecekapan Tenaga Kebangsaan untuk jangkamasa 10 tahun. Kempen ini merupakan langkah pertama dalam pelaksanaan pelan ini. Kempen ini juga telah mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (dahulunya Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi), Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pusat Tenaga Malaysia (PTM).

SWITCH! merupakan satu usaha oleh badan bukan kerajaan dengan sokongan kerajaan dan industri untuk kebaikan rakyat dan negara.

BERUBAHLAH!
BERUBAHLAH tabiat supaya menutup peralatan apabila tidak digunakan
BERUBAHLAH kepada peralatan yang Cekap Tenaga

 


Page 2 of 2

Mengenai Kempen SWITCH!

SWITCH! merupakan satu usaha oleh badan bukan kerajaan dengan sokongan kerajaan dan industri untuk kebaikan rakyat dan negara.

Dianjurkan Oleh

 


 

Dilaksanakan Oleh

Dengan Sokongan

 

 


 

 


 

Copyright © SWITCH - FOMCA.