23 CARA MEMPRAKTIKAN PENJIMATAN TENAGA

PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 16 November 2011 02:53

1) Tetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 24ºC

Jika anda sudah kebiasaan pada suhu yang lebih rendah, maka cuba membiasakan diri kepada suhu ini kerana ia akan menolong penyaman udara rumah anda tahan lebih lama.

2) Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan

Ini boleh mengelakkan pembaziran tenaga semasa menggunakan penyaman udara.

3) Padamkan lampu bilik apabila tidak digunakan.

Ramai pengguna mengendahkan tabiat menutup lampu semasa keluar dari bilik. Tabiat tidak menutup lampu adalah salah satu punca pembaziran tenaga.

4) Padam Perkakasan Elektrik

Perkakasan, peralatan ataupun peranti elektrik di rumah seperti komputer, seterika, TV dan sebagainya perlu di padamkan untuk pengurusan elektrik yang cekap dan untuk memastikan jangka hayat peralatan elektrik lebih lama. Adalah lebih baik jikalau kamu boleh mengeluarkan kabel kuasa (power cable) dari soketnya.

5) Seterika Elektrik

Alat pemanas dalam seterika elektrik menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Cubalah sebanyak mungkin menggosok pakaian dalam satu masa daripada menggosok berulang kali dalam sehari.

6) Peti Sejuk – Faktor Saiz

Gunakan mengikut saiz keperluan dan bukannya disebabkan minat untuk saiz besar. Peti sejuk yang lebih besar menggunakan tenaga elektrik yang lebih tinggi. Seboleh‐bolehnya gunakan peti sejuk Kecekapan Tenaga tinggi (5 Bintang)

7) Peti Sejuk‐ Pengumpulan Fros

Ada sesetengah peti sejuk yang tidak datang dengan ‘defrost’ sistem. Jika peti sejuk anda sebegini maka panggillah juru teknik peti sejuk untuk mendapatkan bantuan.

8) Peti Sejuk‐ Penyusunan Bahan Makanan

Pastikan susun atur makanan membolehkan pengaliran udara yang bebas antara makanan.

9) Peti Sejuk‐ Lokasi

Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada lokasinya di simpan di dalam rumah. Di tepi dan belakang peti sejuk mestilah disediakan ruang sedikit untuk pengaliran bebas udara.

10) Peti Sejuk‐ Gegelung Pemeluwap

Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada gegelung pemeluwap. Penjagaan kebersihannya juga penting dalam patut dijadualkan sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)

11) Ketuhar Elektrik / Gelombang Mikro

Gasket pintu gelombang mikro hendaklah selalu dalam keadaan tertutup untuk mengelakkan kehilangan tenaga.

12) Cerek Elektrik

Pengunaan cerek elektrik amat menjimatkan kerana elemen pemanas di dalam cerek elektrik di letakkan terus di dalam air untuk mendidihkannya supaya kehilangan haba berlebihan dapat di kurangkan. Elemen pemanas juga harus dibersihkan untuk mengurangkan pengunaan tenaga.

13) Alat Pemanas Air untuk Mandi

Pemanas air segera dapat menjimatkan lebih tenaga daripada pemanas air jenis bertakung. Jikalau rumah kamu sedang mengunakan pemanas air bertakung, sila menukarnya kepada pemanas air segera.

14) Operasi komputer

Komputer yang beroperasi dalam mod sedia atau mod tidur membazirkan tenaga. Adalah menjadi amalan baik untuk menutup komputer apabila tidak diperlukan untuk mengurangkan pembaziran.

15) Tukar kepada monitor LCD

Penukaran kepada monitor LCD yang cekap tenaga daripada menggunakan monitor CRT adalah langkah yang baik untuk penjimatan tenaga.

16) Gantikan Kipas Yang Terlampau Lama

Jikalau kipas kamu telah bekerja berdekad-dekat maka pertimbangkanlah untuk menukar kipas baru yang lebih cekap tenaga. Ia mengunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.

17) Gunakan Lampu Kalimantang daripada Lampu Bulat

Lampu kalimantang adalah beberapa kali lebih cerah daripada lampu mentol bulat untuk Watt elektrik yang sama. Seboleh‐bolehnya gunakan lampu kalimantang yang Cekap Tenaga.

18) Tukar Lampu Pijar (Incandescent) kepada lampu CFL

Lampu Pijar tidak cekap tenaga maknanya membazirkan tenaga elektrik. Tukarlah kepada lampu cekap tenaga seperti Compact Fluorescent Light (CFL)

19) Cuci Penapis Alat Penyaman Udara sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)

Langkah Penyelenggaraan Pencegahan perlu dilakukan dalam jangka masa setiap 3 bulan untuk memastikan jangka hayat tahan lebih lama dan penapis yang kotor boleh menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan dalam process penyejukkan.

20) Tanam Pokok

Penanaman pokok di sekitar persekitaran rumah sedikit sebanyak akan membantu dalam process penyejukkan rumah kerana pokok‐pokok meresap CO2 di udara. Gas CO2 antara penyumbang terbesar pemanasan global dunia.

21) Pendingin Udara mestilah diletakkan di dalam ruang yang tiada halangan

Pastikan tiada perabot yang menghalang peredaran udara dari pendingin udara dansensor di pendingin udara.

22) Pendingin Udara mengikut keperluan

Jika pendingin udara diperlukan di bilik yang kecil maka 1.5hp atau 2hp sudah memadai.Tidak perlulah menggunakan hp tinggi untuk kawasan kecil kerana ia akan memakan tenaga.

23) Penebatan bumbung dan siling

Ada kaitan antara penebatan bumbung dan siling dan penggunaan tenaga dalam rumah.Penebat pelbagai pilihan di sediakan untuk rumah di lokasi sejuk dan panas.

Mr.Thanesh Kumar

Senior Manager - Energy and Climate Change (FOMCA)

 

 

 

 

Last Updated ( Wednesday, 16 November 2011 02:55 )
 
Copyright SWITCH - FOMCA.